Tuesday, July 19, 2011

Hari-hari selepas exam

15 Julai

Lepas exam ni banyak jer aktiviti. X berhenti-henti. Lepas sembahyang Jumaat, aku , bob, zubair terus ke Muneira untuk beli ayam. Malam tu ada BBQ. Yang tensionnya kedai ayam Shahad pulak x buka. Tu lar. Semalam tak nak pulak beli. Hari jumaat mana banyak kedai yang bukak. Jadi kitorang jalan-jalan.... pastu terjumpa lar satu kedai ni... nasib baik kedai ni ada jual part-part ayam dalam kuantiti yang banyak (kitorang bajet nak beli ginah dengan wirak jer... nama pun BBQ...x kan nak beli ayam seekor) Banyak jugak r yang kitorang beli. Dalam 12 kilo. 

Nak beli ayam satu cerita. Dah sampai rumah kena basuh ayam pulak. Dah lar seketul-seketul ayam tu banyak lagi bulu yang tak tercabut. Terpaksa lar mengadap ayam tu dalam 3 jam nak cuci satu-satu. Naik bosan jugak. Kalau beli ayam kedai Shahad kan senang. Dah bersih. Tinggal nak masak jer. (Tetiba promote kedai ayam Shahad). Aku dengan zubai basuh ayam. Bob pulak perap ayam-ayam tu.

Akhirnya malam tu, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa untuk makan pulak. X larat den nak membakar pulak malam tu. Tq kepada ikram n the gang sebab telah tolong bakar ayam-ayam tu untuk kitorang. Aimat pulak buat dadih rasanyer. Best jugak. Rumah atas aku pulak buat nasi tomato. Ye lar. X kan nak makan ayam saja je kan. Mana kenyang. Tq Pah, Ikram, Faris n Pidot. 







Malam tu boleh kata meriah lar jugak. Terima kasih kepada tuan rumah yang telah menyediakan tempat untuk event ini. (Tingginyer rumah korang. X larat nak naik tangga)

16 Julai

Petang tu, kitorang gerak ke Hussein. Nak beli souvenir untuk bawak balik ke Malaysia. Banyak gak barang yang dibeli. Dekat 500 genih habis. T-shirt 10 helai, aprikot, kacang pistachio dll. Dah lama gak x deal ngan arab ni. Dah berkarat dah skill.

17 Julai

Asfour, destinasi kitorang pada petang tu. Kali ni aku yang jadi tour guide. Ingatkan ramai dah yang pergi tempat tu. Tapi logik gak. Tahun lepas, aku sorang je daripada ahli beit aku yang pergi ke Asfour. Asfour ni terletak kat Shubra. Kalau naik metro stesen paling last. Tapi yang special nya kat situ ada 'tok-tok'. Motor roda tiga yang macam kat India tu. Lama jugak kitorang spend time kat situ. Nak buat camna, semua rambang mata.

18 Julai

Kali ni nak shopping minyak wangi pulak kat Attaba. Gode yang tour guide. Celah jalan mana entah dia bawak kitorang. TUP-TUP sampai kat satu tempat ni. Ada banyak kedai jual minyak wangi kat situ. Gode kata kat situ lagi murah dari kat hussein.

Malam tu pergi Rumah Kelantan pulak. Ada Bazaar Makanan Malaysia. Banyak jugak makan malam tu. Malam tu saja makan Kuew Tiow Goreng + Nasi Kerabu + ABC special. Lepas makan pening jer. Silap jugak minum ABC dulu. Kembung air jer. Pastu bungkus Nasi Lemak pulak untuk sarapan keesokan hari nyer. Tapi yang peliknyer kat Malaysia x minat pulak nak makan nasi kerbau kerabu ni. Kat sini pulak tetiba terasa nak makan. Dah rindu sangat nak balik lah ni.





Now

Setakat ni dah ramai dah yang balik Malaysia. Esok Bob dengan Naim pun dah nak balik. Aku dengan Zubai pulak pergi Hurghada esok. Bercuti bersama rakan-rakan sebatch. Doakan kami selamat sentiasa. Kepada mereka yang nak pergi UMRAH tu, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Jangan lupa doakan untuk kami sekali. Insyaallah tahun akan datang saya pulak akan menyusul.

Friday, July 15, 2011

(Masak-masak) Mee Bandung Muar dan Agar-agar Milo

Sehari selepas exam writtem exam biochem(ada selang sehari antara written dan oral) tiba-tiba terasa macam rajin sikit (Padahal dapat request dari husnaim dengan bob). Jadi nak masak yang special sikit. Tiba-tiba teringat perencah adabi Mee Bandung yang bawak lepas evakuasi hari tu ada lagi. Jadi apa lagi, start r masak.



Hasilnya

Sebelum masak mee bandung ni, petang tu tiba-tiba terasa nak makan agar-agar. Teringat masa kat fustat dulu ahli beit selalu buat agar-agar milo. Jadi try lar buat (first time buat agar-agar). Boleh tahan lar. Sedap dimakan ketika musim panas ni.


Esoknya pulak ada oral biochem. Malam tu sempat baca sikit jer sebab macam dah letih sangat. Jadi tidur awal. Esoknya oral mulalah gelabah. Baca-baca tak masuk dalam kepala. Nama amino acid yang basic pun boleh terlupa. Tapi nasib baik doctor yang tanya tu baik. Dia tanya camna written exam. Jawab x pasti, nus-nus. Pastu doktor tu bagi soalan yang senang lar ckit. Lebih kurang sama macam dalam Medad team. Thank you doctor. Nasib baik. Kalau tak, bermulalah satu lagi episod kesedihan... 

Final Day Exam 2nd Year

Alhamdulillah.. akhirnya final exam bagi 2nd year telah berakhir semalam. Setelah 2 bulan duduk terperap di rumah akhirnya lepas ni dapat lar pergi jalan-jalan sikit, release stress. Harap-harap keputusan exam pun ok lah. Subjek Physio satu lah yang membuatkan hati ni tak senang sikit. Sampai terpaksa delay flight ke 15hb Ogos. Alamat bercuti sekejap je lar kat Malaysia. Tak kisahlah, asalkan dapat luangkan masa dengan family. 

Lepas exam semalam terus gi makan nasi ikan. Dah lama tak makan. Selama ni lepas exam terus balik rumah, tak pun beli makrunah jer. Makan nasi ikan ingat pulak kat ganu... Pergh... Kalau balik awal ni mesti dapat makan ikan celup tepung, ikan 3 rasa, ikan masak steam...argh....

Balik rumah rehat-rehat kejap pastu dalam pukul 6.45 bertolak pergi ke ARMA untuk Majlis solat hajat. Sedih dan simpati dengan rakan sebatch yang sedang kritikal di hospital. Mula-mula tak percaya gak dengan berita ni sebab memang macam tiba-tiba jer. Akhawat lain pun senyap jer, tak cakap apa-apa. Mungkin untuk menjaga aib tuan punya badan. Apapun, semoga Allah memudahkan segala urusan si dia dan semoga cepat sembuh. Kita yang sihat ni cuma mampu mendoakan untuk kesejahteraan si dia. Yang lain terserah kepada Allah. 

Lepas solat hajat, pergi makan mi ramen pulak. Kenyang nasi ikan tadi pun x habis. Memang ramai lar orang, tapi nasib baik kitorang serbu awal-awal kedai tu. Berpeluh makan mi. Macam makan dalam sauna jer. Tapi memang kenyang. Alhamdulillah.

Tuesday, June 7, 2011

Aplikasi Eksport Data Friendster Akan Aktif Sehingga 27 Jun



Nampaknya pihak Friendster telah menyediakan sedikit masa tambahan lagi untuk para pengguna memuat-turun data daripada Friendster, dimana kini mereka telah mengumumkan yang mana aplikasi untuk eksport data daripada Friendster akan boleh diakses untuk satu bulan lagi, iaitu sehingga 27 Jun kelak.


Para pengguna boleh memuat-turun kesemua data, termasuk gambar-gambar pada Friendster dengan mudah, dimana ianya disediakan dalam bentuk *zip dan hantar ke emel pengguna secara terus.

Dengan penambahan masa ini, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan samaada halaman Friendster akan dapat diakses selepas hari ini ataupun hanya sekadar boleh membuat salinan data sahaja. Friendster dijangka akan memperkenalkan halaman baru mereka yang lebih menjurus kepada permainan sosial tidak lama lagi.

Sumber

Jadi sesiapa yang rasanya ada gambar penting-penting yang dah lama korang tinggalkan bersawang, bolehlah lakukan demikian dengan segera...

Monday, June 6, 2011

(Video) Closing Medicophilic Month

Cuma nak post video yang dah lama dah... tapi amat bermakna...
Video ni dibuat masa dua tiga hari sebelum nak exam praktikal apa ntah...
Tension nak cari isi dari berlambak-lambak raw video yang aku dapat dari JACKSTER..
Terpaksa tengok satu2 video public speaking diorang untuk cari point...
Tapi apapun.. tetap puas hati walaupun video ni x seberapa mantap..

Saturday, June 4, 2011

Nora Elena



Wah... best pulak citer ni... Ni kes status fb n twitter kawan2 lar ni yang menyebabkan aku curious nak tengok citer ni... dah lar musim exam ni... apa nak jadi ni... tapi exam x kan nak mengadap buku jer kan... jadi lepas dah habis study tur aku curi2 lar tengok cerita ni... Memang best... Sapa yang kata x best tu aku x tau nak cakap apa... Lebih2 pulak...

Ha3...

X de r minat aku minat sangat citer ni... Tapi sekadar nak release tension tu boleh r..
Tapi satu jer sebab kenapa aku x puas dengan citer ni adalah sebab TV3 siar waktu maghrib... TV3... X de masa lain lagi ker...??

Sesiapa yang nak download boleh lar bukak link ni (mediafire + others)

The Difference Between Streaming and Downloading Media

Streaming


1.You watch and listen to streaming video and music as it comes to your computer or network media player.
2.A website that streams video will often have a "buffer." Several seconds of video is streamed to your computer or network media player in order to keep the video playing in the event of an interruption of the internet connection.
3.You must have a fast connection so there aren't pauses or hiccups in the video playback. Higher quality video -- high definition video with digital surround sound -- requires a faster connection.


Within your home network, a router must be able to pass on the video stream to your network media player. Audio Video ("AV") Routers or Gigabit routers may be needed to stream high definition videos to more than one TV or player.


You must have a fast internet connection to stream high definition videos from the internet without interruption. Many video websites will determine the quality of the video streamed to your device based on their estimation of your internet speed. Typically, it is best to have an internet connection of at least 2 megabits per second (Mbps). HD video may require over 3 Mbps so the video doesn't not have to pause as it buffers.
4.A streamed file plays from other sources. The source of the media must be connected and turned on, or the streaming stops.
5.When streaming from the internet, it is not only the speed of your connection that guarantees a smooth viewing experience. Factors such as the amount of traffic on the website -- that is, the number of people watching videos at the same time -- and the speed of the website's server connection can influence how well the the media is streamed to you.
6.A streaming file is never saved on your device. Streaming media is either free, as it is on ABC, CBS and NBC; or you are charged a monthly subscription to access the media, such as with Netflix and Rhapsody; or you rent the video for a certain length of time, after which it is no longer available without renting it again. You can only play music on a subscription website if you are an active, paying subscriber. Once you stop paying, the media is no longer available.


Downloading


1.Your device connects to the source of the file, then copies and saves it to your hard drive.
2.Usually, you must wait until the download is complete before you can watch the media. Some services, like iTunes and Vudu, allow you to watch while a movie downloads after a sufficient amount of time.
3.You can copy the file or move it to other hard drives unless it is a copyright-protected file.
4.You can copy or move the file and save it to play on other devices unless it is a copyright-protected file.
5.The downloaded file can be streamed to other devices once it has been saved.
6.A downloaded file is available whenever you want to play it.
7.TV shows and movies that are downloaded are “bought” versus rented and are available without time limit. That is, you “own” the movie or music file.


Source

Saturday, May 7, 2011

AHEAD Video Cooking Show

Ini beberapa video yang saya edit untuk karnival batch..
Tontonlah dengan penuh berhemah..
Selamat menonton..







credit to wawan sebab tolong upload
thanks

Thursday, April 14, 2011

AHEAD GEN09 Batch Carnival: Tahniah Kepada Semua













Tahniah kepada ahli beit + Huzaifah - Kerana anda semua, 'Rozita' jadi juara sukaneka
Tahniah kepada Husnaim - Kerana anda juara kuiz teka silang kata
Tahniah kepada Bob - Kerana anda mendapat Anugerah Akademik
Tahniah kepada Afif - Kerana anda juara cooking show
Tahniah kepada saya - Kerana memenangi video competition (First time kot jadi juara)
Tahniah kepada Zubair - Kerana anda telah menganjurkan Cake lover (bersama Mastura) dengan jayanya
dan tahniah kepada semua ahli GEN09 yang telah menjayakan AHEAD....
Terima kasih semua....

Video For AHEAD GEN09 Batch Carnival



Kredit untuk pelakon2 di dalam video ni:
Ahmad Bukhari
Zubair
Husnaim
Dan Semua yang telah memberi pandangan mereka

Sebenarnya ada 3 lagi video cooking show yang telah saya bantu menge'cut' dan meng'edit'... Tapi x dapat lar nak upload... (2 orang kot yang berjaya dapat nombor)
Video tersebut adalah hakcipta chef di dalam video tersebut serta krew2 yang membantu... kalau dah dapat approval nanti... insyaallah saya akan uploadkan...

Blog Post untuk AHEAD GEN09 Batch Carnival



SEDAR DIRI

‘Eh, layak ke aku berada dalam batch ni…?’
Entah kenapa sejak beberapa minggu ni, persoalan ini sering bermain di fikiran.
‘Apa sangatlah sumbangan aku dalam batch ni jika nak dibandingkan dengan orang lain’
Apa je yang aku reti…
Menguruskan acara??
Bahas??
Pidato?? Semua tak reti..
(Masih dalam mood kagum melihat rakan-rakan berbahas dan berpidato malam semalam)
Buat video??
Bolehlah.. Tapi tak adalah hebat sangat.
Dan persoalan utama di dalam benak fikiran ini .… ‘Siapakah aku dalam batch ini?’
Kita sering bertanya ‘Apakah yang aku dapat dalam batch ni?’
Tapi pernahkah anda bertanya ‘Apakah sumbangan aku dalam batch ini?’
Dengan memegang moto hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ‘Erti hidup pada memberi’,
Saya cuba tolong mana yang boleh… mana yang saya reti, saya cuba buat.
Apa yang penting, kita perlu sedar siapa diri kita dan gunalah kelebihan yang anda ada untuk memberi manfaat kepada orang lain. Saya percaya rakan-rakan GEN09 masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri.

Saya percaya jika kita membantu orang lain, Allah akan membantu kita.
Ayuh rakan-rakan semua. Serlahkan kelebihan anda.

PETANG ITU

Beberapa minggu yang lepas, setelah keputusan peperiksaan pertengahan diumumkan, terus terang saya katakan, saya memang kecewa. Maka petang itu, saya terus mengambil keputusan untuk menelefon keluarga di Malaysia.
‘Hello, Assalamualaikum Umi, Umi sihat?’
‘Waalaikumussalam, sihat, Ijam macam mana??’
‘Alhamdulillah sihat. Ijam nak beritahu kat umi satu benda ni. Result exam dah keluar dah.’
‘Ye ke. Habis tu camna?’
‘Ijam dapat cukup-cukup makan jer… Tapi lagi rendah dari tahun lepas… Tak tahu lar umi… tahun ni rasa macam payah je.’
‘Tak apa lah ijam. Tak payah nak sedih lama-lama.. Nanti periksa akhir tahun boleh cuba lagi.. Tapi kena buat betul-betul lar. Ijam nak cakap dengan Abah ke? Abah ada kat sebelah ni.’
‘Boleh juga. Assalamualaikum Abah. Abah sihat? Abah dengar tak Ijam cakap apa kat umi tadi?’
‘Waalaikumussalam, sihat. Abah dengar. Umi pasang loudspeaker. Satu rumah boleh dengar.. Result dah keluar dah ke? Dapat berapa?’
‘ Tak tau lar… Tapi rasanya jayyid kot.. Ranking dalam 50 ke atas.’
‘Bolehlah tu.Dah bukan rezeki kita. Nak buat camna. Lain kali belajar ikut orang lain. Kalau orang lain belajar 1 jam… kita belajarlah lebih sikit..dah kita tahu kita ni lemah.. belajarlah 1 jam 1 minit ke.. tapi tak payah lah nak belajar teruk-teruk sangat sampai tidur lewat.. Makan tu jaga.. Jangan tidur lewat.. Ikut je cara orang lain.’
Entah mengapa… hati ini terasa begitu lega setelah meluahkan perasaan kepada ibu dan bapa. Apa yang nak saya nak kaitkan disini ialah sokongan itu amat penting di dalam diri seseorang.

AWAKEN, ONE HEART, ONE AIM, ONE DESTINY
Saya amat bersyukur berada dalam batch ini. Rakan-rakan sentiasa memberi sokongan yang padu. Yang lemah sentiasa dibantu. Yang lemah pula sedia membantu, insyaallah. Masing-masing bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu. Saya pasti semua orang ingin mendapat mumtaz di dalam peperiksaaan. Semua orang juga ingin menjadi doktor yang berjaya. Mengapa tidak kita bersama-sama menempuhi halangan selama 6 tahun setengah ini bersama-sama?
Sekian…..

Pesanan:
Artikel ini mungkin tiada kaitan dengan penulis dan mungkin fiksyen semata-mata.
Penulis meminta maaf jika ada sebarang kata-kata yang menyinggung perasaan. Penulis sendiri juga sedar yang beliau bukanlah seorang yang selayaknya untuk menyampaikan segala nasihat di atas. Hanya cuba menyampaikan sedikit ilmu yang ada.
-INSAN YANG KERDIL-

Monday, March 21, 2011

Results Exam Mid Year akhirnya dah keluar



Dengan ini saya mengumumkan results exam mid year saya....
Tiada apa pun yang nak dibangga....
Memang rendah dari First Year....
Memang malu habis kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada diri sendiri...
Kepada orang ramai, janganlah tengok results saya ye....
Hi3




Redho seharusnya diiringi dengan usaha... jika tidak sampai bila pun x kan berubah... alhamdulillah... masih ada kesempatan kali kedua... amat rugi jika dibiarkan begitu sahaja... insaf... itu yang penting... Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani.

You're Full Time Medical Student, so act like one.

Tuesday, February 22, 2011

Jom Heboh di Terengganu ???

22 Februari 2011


Percaya atau tidak Jom Heboh yang akan diadakan di Dataran Syahbandar hujung minggu ini merupakan edisi Jom Heboh yang pertama kalinya diadakan di negeri ini. Jika sebelum ini cuma diadakan program seperti Perkampungan Hadhari dan Sua Rasa, tapi kini Jom Heboh bakal menemui penduduk negeri Terengganu. Bagaimanakah penerimaan penduduk Terengganu terhadap program seperti ini...??? Renung-renungkan. Masing-masing mempunyai hujah yang tersendiri.... Yang pasti program seperti ini sudah tentu akan menarik ramai remaja-remaja sekitar Terengganu untuk menghadirinya. Sekian...

Artikel berkaitan sila klik

Update 26 Februari 2011 11:00 PM








Tentatif Program


Ally Iskandar dan Faizal Ismail



Anuar Zain


Sofaz

Monday, February 21, 2011

PROTON National Circuit Grand Prix Finals 2010 (Kuala Terengganu)



Semalam saya telah pergi ke Stadium Negeri untuk menyaksikan kejohanan badminton yang telah bermula sejak 19 Februari lagi. Tentulah pemain yang menjadi tumpuan, Lee Chong Wei, pemain nombor satu dunia. Dan alhamdulillah, setelah selesai solat maghrib saya, saya dapat melihat beliau buat kali pertama, itupan semasa set kedua. Tapi tak apa lah. Ternyata permainan yang ditunjukkan amat menarik. Perlawanan ternyata amat sengit. Namun pengalaman selaku juara dunia, membuatkan beliau dengan mudah menumbangkan lawannya. Dan malam ini, Final kejohanan... siapakah yang akan menjadi juara???? Sama-samalah kita nantikannya...




Monday, January 24, 2011

Apa nak buat...

Hati terasa kosong...
Serba tidak kena...
Apa yang nak dilakukan...????

Movie pun x de yang best....
Macam cakap ahli beit aku
(tengok cerita melayu buat apa???? bukan ada isi pun... baik tengok citer jepun)
ikut suka aku lah nak tengok cerita melayu pun...
ada aku kacau kau ke??? he3 jangan marah....
Cerita melayu pun ada juga apa yang penuh isi dan pengajaran...

Tapi kat sini aku nak kongsi satu laman ni...
kalau korang dah malas sangat nak baca2 artikel....
Baik korang tengok video rakaman dari laman ni...
Ada dari rancangan Forum Perdana, Al-Bayan, Adik-adikku...Macam2 lagi r



Klik untuk ke laman tersebut

Bukan apa....
Aku pun bukan selalu bukak laman ni...
Cuma time exam ni... semua kuliah2 anjuran perubatan stop sekejap...
So apa lagi... aku pun tengok r laman ni...
Kat Malaysia sebenarnya aku pun bukan selalu tengok forum perdana sebenarnya....
Kat cni jer...
Knpa r...
Aku pun pelik..
?????

Saturday, January 22, 2011

From the bottom of my heart

Post ini bukan bertujuan meraih perhatian pembaca....
dan bukan juga untuk meraih simpati...
Tetapi apa yang ingin dinyatakan tulus ikhlas dari hati ini....

Memang ini amat berkait rapat dengan exam yang sedang dilalui sekarang....
Saya x tahu apa dah jadi dengan diri saya...
Tapi yang saya pasti.. saya bukan macam ni...
Saya x pernah hadir ke dewan peperiksaan tanpa berasa kurang bersedia...
Tahun ini tidak seperti tahun lepas...
Amat berbeza sekali...

Lawan saya pada peperiksaan ini bukanlah dari kalangan rakan sebatch....
Lawan pada kali ini lebih sukar...
Lawan tersebut ialah diri sendiri...
Saya tidak malu jikalau sekiranya saya kalah dengan orang lain...
Tapi lebih malu dikalahkan diri sendiri...

Berbalik kepada 2 exam yang telah berlalu (physio & histo)...
Lepas exam saya down dalam sehari...
Kata senior, 'Down jangan lama2 sangat, nanti diri sendiri juga yang susah'...
Saya akur...

Ada dua exam lagi selepas ini...
Tidak tahu apa yang akan terjadi...
Dan mungkin juga tidak kisah dengan apa yang akan terjadi...
Dalam kepala cuma kata kena struggle habis-habisan dalam exam final year...
kenapa final year???
sebab saya rasa yang saya x prepare apa2 pun untuk mid year ni....
Semuanya last minute study

Pengajarannya ( to future me ) :
Ada 24 JAM dalam sehari.... x kan x boleh nak luangkan masa 6 jam untuk revision..
sepanjang masa duduk depan laptop ko buat apa???? Apa yang ko dapat dengan main
laptop... ko tu bawa amanah rakyat, ibu bapa, negara. Ko nanti akan jadi doktor...
X kan ko nak biarkan orang lain mati sebab ko lupa nak study... Sbab ko x suka
subjek tu...
sapa lagi nak tolong kau nanti... orang lain dah move forward... ko masih
lagi di takuk yang sama.... apa nak jadi dengan ko ni ha?????? ko nak jadi apa????
ko ingat ko bley dapat mumtaz ke dengan study last minute.... makbul pun belum
tentu.... ko ingat ko apa???? genius???? berangan je banyak ko ni???? umur baru
setahun jagung, dah berlagak pandai x tentu pasal... Apa cer.... Orang yang kerja
kat sawah pun lagi mulia dari engko... at least diorang berusaha bersungguh
-sungguh kerja cari rezeki untuk keluarga.... ko buat apa?????
aku tahu ko dah besor... aku pun malas nak tegor ngko lagi... aish.. panas hati
aku... ada jugak budak macam ni dalam dunia ek... kalau kau terus jugak macam
ni... aku rasa baiklah kau duduk diam2 kat malaysia... membazir duit rakyat jer...
bukannya reti nak bersyukur.... dah banyak dah nikmat yang Allah dah bagi kat
engko... ko jer yang x sedar... lepas tu x malu pulak nak minta lebih2... aku nak
ko ingat satu benda jer... orang yang paling kecewa dengan kau nanti ialah mak
ayah engkau... kau nak ker tengok diorang nangis... nangis sebab engko... derhaka
ko kau tahu tak???? kecewakan mereka sedangkan merekalah orang yang paling banyak
support ko dari belakang... lepas tu ko bley je duduk sajer... dahlah.. aku rasa
tu jer yang aku nak cakap kat ko... kau berubah r lepas ni... masih belum
terlambat lagi untuk kau bertaubat.... taubatlah selagi ada engko ada masa lagi...

Thursday, January 20, 2011

Cuba Baca Ni...

AOCDRNDICG TO RSCHEEARCH AT CMABRIGDE UINERVTISY, IT DSENO'T MTAETR WAHT OERDR THE LTTERES IN A WROD ARE, THE OLNY IPROAMTNT TIHNG IS TAHT THE FRSIT AND LSAT LTTEER BE IN THE RGHIT PCLAE. TIHS IS BCUSEAE THE HUAMN MNID DEOS NOT RAED ERVEY LTETER BY ISTLEF, BUT THE WROD AS A WLOHE. IF YOU CAN RAED TIHS, PSOT IT TO YUOR WLAL. OLNY 55% OF PLEPOE CAN

Tuesday, January 18, 2011

Ajal maut tidak mengenal usia

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nurul Iman binti Ab Alim.

Laporan penuh di PERUBATAN Cawangan Iskandariah

Kita yang masih hidup ini sama-samalah mengingati kematian agar tidak terlalai dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
Sesungguhnya ajal maut tidak mengenal erti usia.

Monday, January 10, 2011

Exam lagi.....

Exam tiba lagi....
Masa semakin suntuk.....
Apa nak buat...
Buatlah apa yang termampu....
Insyaallah.... kita akan diberi kemudahan oleh Allah s.w.t

hehe.... ni sedikit video untuk boost semangat anda semua....