Wednesday, February 15, 2012

Winter Travel 2012 - First Day (Madrid,Spain)

Travelog in didedikasikan kepada keluarga,ahli L4L dan rakan-rakan.


27 Januari 2012 (Hari Pertama)


Ammar Hamzah Mohd Hanim, selaku ketua ekspedisi kami, awal-awal lagi sudah menunggu saya,Shahrunizam Hidayat Hishamuddin dan Faris Md Noh di Medan Zainal Abidin. Kalau ikutkan perancangan kami, kami akan berkumpul pada pukul 7, tapi saya sampai agak lewat. 'Minta maaf Ammar, malam tadi aku tidur lewat sebab goreng burger dan sosej untuk bekal makanan kita nanti.' Akhirnya pada pukul 7.30 kami pun bertolak. Pagi itu, Abul yang menjadi saksi pemergian kami.'Terharu aku Abul....tibe..'
 
Setelah sampai di Airport Cairo, kami menunggu pula kedatangan Arif Rukaini Sufian yang bertolak berseorangan dari Hayyu Sabi'. Setelah Arif sampai, kami pun terus check-in. Bermulalah pengembaraan kumpulan kami, L4L.



Ammar Hamzah


Faris Md Noh


Arif Rukaini


Piramid dari atas memang kecik



Kami sampai di Madrid tengahari. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Cairo. Dari Airport Madrid Barajas, kami naik metro ke Stesen Metro Sol. Harga tiket 2.5 euro,1 euro lebih tinggi dari tiket biasa. Itulah harga tambahan untuk laluan dari atau ke airport. Sedikit peringatan ketika naik metro, jagalah barang-barang penting seperti dompet dan passport. Digalakkan juga untuk mengasingkan duit di tempat yang berlainan. 'Malang tidak berbau' Masa yg paling sesuai untuk penyeluk saku mengambil dompet anda adalah ketika anda hendak keluar kerana ketika itu fokus anda cuma tertumpu untuk keluar metro sebelum pintu tertutup. Keadaan metro yang sesak dengan orang ramai juga memudahkan penyeluk saku ini.








Sol, satu dataran yg cukup luas, dikelilingi oleh beberapa mercu tanda bandar Madrid dan butik-butik pakaian. Kami terpegun sebentar apabila keluar dari stesen Metro Sol. Hujan mulai turun renyai-renyai. Faris, selaku tour guide kami di Madrid mula mencari hostel. Ternyata, hostel yang dia lihat di Hostelworld.com telah penuh. Memang prinsip kami untuk tidak tempah hotel terlebih dahulu. Tuan hotel tersebut telah mencadangkan sebuah lagi hostel yang murah, Hostel Sotileza. Harga satu bilik untuk satu malam adalah 70 euro. Kami pun menginap disitu. Bilik cukup selesa. Apa yang kurang adalah Tuan Hotel tidak boleh berbahasa inggeris, cuma berbahasa sepanyol. Pada pendapat saya, perbezaan bahasa inilah yang menarik. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk kami mempelajari bahasa sepanyol (nasib baik ada Android dan Ipod). Bahasa badan juga kerap digunakan. Tuan hotel juga mengambil inisiatif dengan menggunakan google translate.



Setelah solat dan mengurus diri, petang itu kami pergi ke stesen bas untuk beli tiket ke Malaga, juga dari Malaga ke Granada,Granada ke Cordoba dan Cordoba ke Madrid. Harga bas agak murah jika dibandingkan dengan pengangkutan lain yang kami ambil seperti keretapi laju dari paris ke zurich yang berharga 60 euro. Setelah itu kami kembali ke Sol dan jalan-jalan di sekitarnya. Kami sempat pergi ke Plaza Mayor malam itu. Penat berjalan-jalan, perut mulai rasa lapar. Kami mula mencari sebuah kedai halal berpandukan internet. Ternyata kedai tersebut tidak seperti yang kami fikirkan. Restoran itu menjadi tempat lepak bagi pasangan muda untuk menghisap shisha. Sungguh tidak selesa berada di dalam kedai itu. Harga makanan juga sangat tidak berpatutan. Kami terus keluar walaupun pada mulanya saya ingin order sup yang paling murah di dalam menu kerana rasa janggal untuk masuk kedai kemudian keluar tanpa pesan apa-apa. (dekat 7 minit kami cuma duduk dan lihat menu kerana tidak percaya dengan harganya + mahu panaskan badan kerana agak sejuk di luar). Rupanya tuan kedai memang tidak kisah (Itu anggapan kami semua... saja sedapkan hati... ni kan europe... diorang tak kisah kot).











Kami terus berjalan-jalan sehingga terjumpa butik Zara. Kerap kali di Mesir saya masuk butik zara, tapi tidak pernah beli apa-apa, cuma melihat-lihat kerana harganya memang mahal. Tapi tidak pada kali ini, diskaun sehingga 75 peratus membuatkan saya rambang mata. Zara sememangnya berasal dari Spain dan diskaun seperti ini tidak dapat dilepaskan. Ingatkan cuma Zara spain yang ada diskaun, rupa-rupanya satu eropah harga diskaun yang sama. Kenapalah tiada diskaun seperti ni di Mesir. Saya telah membeli dua helai baju. 20 euro setiap satu. 20 euro dirasakan murah kerana sweater souvenir juga harganya lebih kurang. Satu lagi, mana nak jumpa baju Zara 20euro@140genih dekat Mesir?? Kat sini je. Itulah kali pertama saya membeli pakaian di Zara. Setelah itu kami pulang ke hostel.