Thursday, October 28, 2010

Dah sebulan dah...

Sedar x sedar... dah sebulan dah ak duduk kat mesir ni... jet lag, homesick, semua dah beransur pulih... tapi yang x pulih2 lagi ialah my self motivation... walaupun setakat ni ak x pernah ponteng kuliah (ye ke???) ... tapi macam roh ak still x berada dalam dewan kuliah... asyik terawang-awang entah ke mana.... lepas kuliah plak... duduk depan laptop sampai x sedar diri... apalah nak jadi... x study pun (ahli beit ak lah saksi utama... siapa yang x percaya tu percayalah)... diorang pulak macam semangat giler untuk second year ni... semua aim mumtaz... ak pun aim mumtaz gak... tapi nampaknya usaha ak pun x sampai tahap makbul... (Ya Allah, Berikanlah ak kekuatan untuk ak menempuhi semua ini... jauhkanlah sifat malas dari diriku ini) Jadi kebetulan dah nak dekat Raya Haji ni... teringat pulak kampung kat malaysia... teringat macam mana jasa kedua-dua ibu bapaku yang berkorban apa sahaja untuk masa hadapanku... KORBAN... banyak yang perlu dikorbankan untuk kita mencapai kejayaan... bukan sahaja di dunia.. tetapi juga di akhirat....

So... apa azam ak lepas ni... kurangkan masa yang digunakan untuk perkara2 yang lagho... cubalah study setakat mana yang mampu... kalau x dapat mumtaz pun at least kalau usaha dah mumtaz pun dah cukup bagus... alhamdulillah... Harap-harap Abah, Umi, dan rakan-rakan dapatlah mendoakan diri ini agar dipermudahkan segala urusan...

Aku cumalah insan yang hina....