Friday, July 15, 2011

Final Day Exam 2nd Year

Alhamdulillah.. akhirnya final exam bagi 2nd year telah berakhir semalam. Setelah 2 bulan duduk terperap di rumah akhirnya lepas ni dapat lar pergi jalan-jalan sikit, release stress. Harap-harap keputusan exam pun ok lah. Subjek Physio satu lah yang membuatkan hati ni tak senang sikit. Sampai terpaksa delay flight ke 15hb Ogos. Alamat bercuti sekejap je lar kat Malaysia. Tak kisahlah, asalkan dapat luangkan masa dengan family. 

Lepas exam semalam terus gi makan nasi ikan. Dah lama tak makan. Selama ni lepas exam terus balik rumah, tak pun beli makrunah jer. Makan nasi ikan ingat pulak kat ganu... Pergh... Kalau balik awal ni mesti dapat makan ikan celup tepung, ikan 3 rasa, ikan masak steam...argh....

Balik rumah rehat-rehat kejap pastu dalam pukul 6.45 bertolak pergi ke ARMA untuk Majlis solat hajat. Sedih dan simpati dengan rakan sebatch yang sedang kritikal di hospital. Mula-mula tak percaya gak dengan berita ni sebab memang macam tiba-tiba jer. Akhawat lain pun senyap jer, tak cakap apa-apa. Mungkin untuk menjaga aib tuan punya badan. Apapun, semoga Allah memudahkan segala urusan si dia dan semoga cepat sembuh. Kita yang sihat ni cuma mampu mendoakan untuk kesejahteraan si dia. Yang lain terserah kepada Allah. 

Lepas solat hajat, pergi makan mi ramen pulak. Kenyang nasi ikan tadi pun x habis. Memang ramai lar orang, tapi nasib baik kitorang serbu awal-awal kedai tu. Berpeluh makan mi. Macam makan dalam sauna jer. Tapi memang kenyang. Alhamdulillah.