Lepas exam ni banyak jer aktiviti. X berhenti-henti. Lepas sembahyang Jumaat, aku , bob, zubair terus ke Muneira untuk beli ayam. Malam tu ada BBQ. Yang tensionnya kedai ayam Shahad pulak x buka. Tu lar. Semalam tak nak pulak beli. Hari jumaat mana banyak kedai yang bukak. Jadi kitorang jalan-jalan.... pastu terjumpa lar satu kedai ni... nasib baik kedai ni ada jual part-part ayam dalam kuantiti yang banyak (kitorang bajet nak beli ginah dengan wirak jer... nama pun BBQ...x kan nak beli ayam seekor) Banyak jugak r yang kitorang beli. Dalam 12 kilo.
Nak beli ayam satu cerita. Dah sampai rumah kena basuh ayam pulak. Dah lar seketul-seketul ayam tu banyak lagi bulu yang tak tercabut. Terpaksa lar mengadap ayam tu dalam 3 jam nak cuci satu-satu. Naik bosan jugak. Kalau beli ayam kedai Shahad kan senang. Dah bersih. Tinggal nak masak jer. (Tetiba promote kedai ayam Shahad). Aku dengan zubai basuh ayam. Bob pulak perap ayam-ayam tu.
Akhirnya malam tu, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa untuk makan pulak. X larat den nak membakar pulak malam tu. Tq kepada ikram n the gang sebab telah tolong bakar ayam-ayam tu untuk kitorang. Aimat pulak buat dadih rasanyer. Best jugak. Rumah atas aku pulak buat nasi tomato. Ye lar. X kan nak makan ayam saja je kan. Mana kenyang. Tq Pah, Ikram, Faris n Pidot.
Malam tu boleh kata meriah lar jugak. Terima kasih kepada tuan rumah yang telah menyediakan tempat untuk event ini. (Tingginyer rumah korang. X larat nak naik tangga)
16 Julai
Petang tu, kitorang gerak ke Hussein. Nak beli souvenir untuk bawak balik ke Malaysia. Banyak gak barang yang dibeli. Dekat 500 genih habis. T-shirt 10 helai, aprikot, kacang pistachio dll. Dah lama gak x deal ngan arab ni. Dah berkarat dah skill.
17 Julai
Asfour, destinasi kitorang pada petang tu. Kali ni aku yang jadi tour guide. Ingatkan ramai dah yang pergi tempat tu. Tapi logik gak. Tahun lepas, aku sorang je daripada ahli beit aku yang pergi ke Asfour. Asfour ni terletak kat Shubra. Kalau naik metro stesen paling last. Tapi yang special nya kat situ ada 'tok-tok'. Motor roda tiga yang macam kat India tu. Lama jugak kitorang spend time kat situ. Nak buat camna, semua rambang mata.
18 Julai
Kali ni nak shopping minyak wangi pulak kat Attaba. Gode yang tour guide. Celah jalan mana entah dia bawak kitorang. TUP-TUP sampai kat satu tempat ni. Ada banyak kedai jual minyak wangi kat situ. Gode kata kat situ lagi murah dari kat hussein.
Malam tu pergi Rumah Kelantan pulak. Ada Bazaar Makanan Malaysia. Banyak jugak makan malam tu. Malam tu saja makan Kuew Tiow Goreng + Nasi Kerabu + ABC special. Lepas makan pening jer. Silap jugak minum ABC dulu. Kembung air jer. Pastu bungkus Nasi Lemak pulak untuk sarapan keesokan hari nyer. Tapi yang peliknyer kat Malaysia x minat pulak nak makan nasi
Now
Setakat ni dah ramai dah yang balik Malaysia. Esok Bob dengan Naim pun dah nak balik. Aku dengan Zubai pulak pergi Hurghada esok. Bercuti bersama rakan-rakan sebatch. Doakan kami selamat sentiasa. Kepada mereka yang nak pergi UMRAH tu, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Jangan lupa doakan untuk kami sekali. Insyaallah tahun akan datang saya pulak akan menyusul.