Thursday, April 14, 2011

AHEAD GEN09 Batch Carnival: Tahniah Kepada Semua













Tahniah kepada ahli beit + Huzaifah - Kerana anda semua, 'Rozita' jadi juara sukaneka
Tahniah kepada Husnaim - Kerana anda juara kuiz teka silang kata
Tahniah kepada Bob - Kerana anda mendapat Anugerah Akademik
Tahniah kepada Afif - Kerana anda juara cooking show
Tahniah kepada saya - Kerana memenangi video competition (First time kot jadi juara)
Tahniah kepada Zubair - Kerana anda telah menganjurkan Cake lover (bersama Mastura) dengan jayanya
dan tahniah kepada semua ahli GEN09 yang telah menjayakan AHEAD....
Terima kasih semua....

Video For AHEAD GEN09 Batch Carnival



Kredit untuk pelakon2 di dalam video ni:
Ahmad Bukhari
Zubair
Husnaim
Dan Semua yang telah memberi pandangan mereka

Sebenarnya ada 3 lagi video cooking show yang telah saya bantu menge'cut' dan meng'edit'... Tapi x dapat lar nak upload... (2 orang kot yang berjaya dapat nombor)
Video tersebut adalah hakcipta chef di dalam video tersebut serta krew2 yang membantu... kalau dah dapat approval nanti... insyaallah saya akan uploadkan...

Blog Post untuk AHEAD GEN09 Batch Carnival



SEDAR DIRI

‘Eh, layak ke aku berada dalam batch ni…?’
Entah kenapa sejak beberapa minggu ni, persoalan ini sering bermain di fikiran.
‘Apa sangatlah sumbangan aku dalam batch ni jika nak dibandingkan dengan orang lain’
Apa je yang aku reti…
Menguruskan acara??
Bahas??
Pidato?? Semua tak reti..
(Masih dalam mood kagum melihat rakan-rakan berbahas dan berpidato malam semalam)
Buat video??
Bolehlah.. Tapi tak adalah hebat sangat.
Dan persoalan utama di dalam benak fikiran ini .… ‘Siapakah aku dalam batch ini?’
Kita sering bertanya ‘Apakah yang aku dapat dalam batch ni?’
Tapi pernahkah anda bertanya ‘Apakah sumbangan aku dalam batch ini?’
Dengan memegang moto hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ‘Erti hidup pada memberi’,
Saya cuba tolong mana yang boleh… mana yang saya reti, saya cuba buat.
Apa yang penting, kita perlu sedar siapa diri kita dan gunalah kelebihan yang anda ada untuk memberi manfaat kepada orang lain. Saya percaya rakan-rakan GEN09 masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri.

Saya percaya jika kita membantu orang lain, Allah akan membantu kita.
Ayuh rakan-rakan semua. Serlahkan kelebihan anda.

PETANG ITU

Beberapa minggu yang lepas, setelah keputusan peperiksaan pertengahan diumumkan, terus terang saya katakan, saya memang kecewa. Maka petang itu, saya terus mengambil keputusan untuk menelefon keluarga di Malaysia.
‘Hello, Assalamualaikum Umi, Umi sihat?’
‘Waalaikumussalam, sihat, Ijam macam mana??’
‘Alhamdulillah sihat. Ijam nak beritahu kat umi satu benda ni. Result exam dah keluar dah.’
‘Ye ke. Habis tu camna?’
‘Ijam dapat cukup-cukup makan jer… Tapi lagi rendah dari tahun lepas… Tak tahu lar umi… tahun ni rasa macam payah je.’
‘Tak apa lah ijam. Tak payah nak sedih lama-lama.. Nanti periksa akhir tahun boleh cuba lagi.. Tapi kena buat betul-betul lar. Ijam nak cakap dengan Abah ke? Abah ada kat sebelah ni.’
‘Boleh juga. Assalamualaikum Abah. Abah sihat? Abah dengar tak Ijam cakap apa kat umi tadi?’
‘Waalaikumussalam, sihat. Abah dengar. Umi pasang loudspeaker. Satu rumah boleh dengar.. Result dah keluar dah ke? Dapat berapa?’
‘ Tak tau lar… Tapi rasanya jayyid kot.. Ranking dalam 50 ke atas.’
‘Bolehlah tu.Dah bukan rezeki kita. Nak buat camna. Lain kali belajar ikut orang lain. Kalau orang lain belajar 1 jam… kita belajarlah lebih sikit..dah kita tahu kita ni lemah.. belajarlah 1 jam 1 minit ke.. tapi tak payah lah nak belajar teruk-teruk sangat sampai tidur lewat.. Makan tu jaga.. Jangan tidur lewat.. Ikut je cara orang lain.’
Entah mengapa… hati ini terasa begitu lega setelah meluahkan perasaan kepada ibu dan bapa. Apa yang nak saya nak kaitkan disini ialah sokongan itu amat penting di dalam diri seseorang.

AWAKEN, ONE HEART, ONE AIM, ONE DESTINY
Saya amat bersyukur berada dalam batch ini. Rakan-rakan sentiasa memberi sokongan yang padu. Yang lemah sentiasa dibantu. Yang lemah pula sedia membantu, insyaallah. Masing-masing bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu. Saya pasti semua orang ingin mendapat mumtaz di dalam peperiksaaan. Semua orang juga ingin menjadi doktor yang berjaya. Mengapa tidak kita bersama-sama menempuhi halangan selama 6 tahun setengah ini bersama-sama?
Sekian…..

Pesanan:
Artikel ini mungkin tiada kaitan dengan penulis dan mungkin fiksyen semata-mata.
Penulis meminta maaf jika ada sebarang kata-kata yang menyinggung perasaan. Penulis sendiri juga sedar yang beliau bukanlah seorang yang selayaknya untuk menyampaikan segala nasihat di atas. Hanya cuba menyampaikan sedikit ilmu yang ada.
-INSAN YANG KERDIL-